Thursday 25 October 2012

Blok Kamsis PUO (Lelaki) dan Kemudahannya

Assalammualaikum,salam sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada yang membaca.Seperti yang tertulis pada tajuk 'post' kali ini,saya ingin menulis sedikit sebanyak tentang KAMSIS PUO ini dari segi Bangunannya,kemudahan yang terdapat di kamsis dan banyak lagi semampu saya.

Bercakap pasal K.A.M.S.I.S. apakah maksud kamsis? Kamsis bermaksud Kampung Siswa-Siswi,yang memberi maksud kediaman kepada penuntut di PUO dalam erti yang lebih mesra dan dekat dengan penuntut.KAMSIS PUO sebenarnya telah lama dibina dan digunakan oleh penuntut-penuntut yang lepas tetapi tetap kukuh dan selesa didiami oleh penuntut.

Di Kamsis PUO terdapat beberapa blok-blok yang dibahagikan kepada penuntut mengikut jantina iaitu BLOK C,D,E didiami oleh penuntut lelaki dan BLOK A,B,F,G,H didiami oleh penuntut perempuan.Kamsis juga mempunyai Kafeterianya yang sendiri yang bersebelahan dengan BLOK C,Tempat Belajar berkumpulan(Student Center),dan yang seronoknya terdapat sebuah Cyber Cafe di dalam Kamsis.Setiap Blok dilengkapi dengan Mesin Air di aras 0 dan 1 dan Bilik air beserta tandas di setiap aras(jadi tak perlulah nak berebut).Setiap Blok disediakan kemudahan yang berlainan untuk kegunaan bersama antara 3 blok ini.

BLOK C









BLOK D







BLOK E


Ini adalah blok c dimana blok yang saya diami iaitu di aras 0 (paling bawah) bilik C006B.Di blok C ini terdapat kemudahan seperti Pejabat Pengurusan Asrama,mesin air(panas dan sejuk) di aras 0 dan 2 dan mesin basuh automatik tetapi telah dipindahkan ke blok D kerana dikatakan bunyi yang mengganggu pihak pejabat(kata orang lah).Di setiap aras mempunyai bilik air dan ampaian,bagi aras 0 ampaian di sebelah belakang blok.Blok C memang tidak banyak kemudahan tetapi amat selesa didiami kerana berdekatan dengan Kafeteria,Student Centre,CC dan lain-lain


Ini adalah Blok D yang kebanyakannya didiami oleh penuntut dari negeri pantai timur[dari pemerhatian saya lah].Di Blok ini banyak terdapat kemudahan yang tidak ada di blok lain seperti Bilik Siber yang boleh digunakan oleh penuntut lelaki untuk membuat tugasan menggunakan Komputer dan Internet secara percuma.Selain itu,terdapat juga Bilik Dobi dan bilik wuduk serta surau.







Ini adalah Blok E yang bertentangan dengan pagar belakang kamsis.Blok ini agak kurang dari segi kebersihan luarannya tetapi mempunyai satu kelebihan iaitu penuntutnya boleh membeli burger di sebalik pagar kamsis dengan jeritan "Bang Burger Ayam Special satu!!!" atau sms abang itu(kerja aku).Blok ini juga telah menjadi johan keseluruhan dalam Kejohanan Sukan Kamsis Pada bulan Oktober 2012 lalu.

1 comment: