Sunday 25 November 2012

Kemudahan dan Peralatan yang disediakan di dalam KAMSIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian.Pada post kali ini 1037 nak menceritakan dan menyenaraikan setiap kemudahan yang disediakan di dalam KAMSIS PUO ini.Pada pendapat 1037 kamsis telah menyediakan kemudahan yang terbaik dan memudahkan para penghuni untuk melakukan tugas sebagai pelajar,anda tidak perlu risau tentang kebajikan anda sebagai penuntut disana kerana semua kemudahan disediakan.Sekiranya ada perkara yang tidak memuaskan anda sendiri boleh membuat aduan tentang masalah yang dihadapi di asrama KAMSIS ini.

1.Kafeteria


Gambar diatas adalah gambar kafeteria KAMSIS(maaf lah sebab ada benda tergantung kat situ).Kafeteria Selalunya menyediakan lauk dan nasi yang sama saja setiap hari tapi kengkadang ada juga disedia kan nasi ayam/nasi tomato/nasi lemak.Untuk tempahan pula boleh dibuat selepas jam 3.00 petang.Standard harga nasi kat sini(nasi +ayam goreng+kuah = RM2.80).Waktu operasi pula dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam.

2.Pejabat Fellow dan CC KAMSIS



Pintu yang berwarna merah itu ialah Pejabat Fellow,sesiapa yang nak pulang bermalam perlulah mendapatkan tandatangan warden asrama di sini.Waktu operasi malam hingga 12.00 tengah malam.Selain itu,kalau nak main petang-petang anda perlu membawa kad matrik anda dan serahkan kepada Exco kamsis untuk meminjam alatan mainan anda seperti set ping-pong,bola keranjang,bola tampar,bola takraw.

Sebelah pejabat fellow ialah CyberCafe kamsis.Kadar bayaran pula adalah sebanyak RM 1.50 sen satu jam.dan cara beroperasi ialah secara 'open'.CC juga menyediakan perkhidmatan binding,printing,fotokopi,fax,baiki komputer dan akan datang pula wifi berbayar.Kelajuan internet disini boleh tahan la..kalau tak ramai orang memang laju.1037 download aime pun 1 episode dalam 5 minit saja.tapi kalau cc luar agak laju lah sikit tapi jauh nak berjalan.Waktu operasi pula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang,2.00 petang hingga 6.30 petang,9 malam hingga 12.00 tengah malam.

3.Koperasi

1037 nak minta maaf sebab x sempat dan lupa nak ambil gambar koperasi KAMSIS.Koperasi KAMSIS di sini menjual bermacam-macam jenis peralatan dan keperluan harian dan pembelajaran.Makanan juga ada di jual disini.Waktu operasi pula 1037 tidak ingat sebab ianya berwaktu,tetapi yang pasti koperasi tutup jam 11.00 malam.

4.Student Centre

Student Centre merupakan tempat belajar atau lebih dikenalisebagai bilik prep oleh budak asrama.Disini jantina lelaki dan permpuan boleh bercampur tetapi dingatkan bahawa jangan terlalu rapat dan terlebih mesra dengan berlawanan jantina,kerana exco memainkan peranan untuk mencegah dan ada kalanya warden sendiri yang turun.

5.Pejabat Unit Asrama dan Medical Room

Terletak di hujung blok c,kalau terdapat masalah segeralah pergi buat aduan untuk dibaiki kerosakan itu.
Sekiranya,ada rasa sakit atau memang sakit jangan lah segan-segan nak lawat bilik ni.Tapi susah nak dapat MC  banyak alasan yang dia bagi,x dak lah,kena p klinik kerajaan lah,mcm2.

6.Bilik Komputer Blok D

KAMSIS juga menyediakan perkhidmatan internet secara percuma kepada penghuni asrama untuk melakukan tugasan yang perlu disiapkan.Waktu operasi waktu malam.

7.Bilik Cuci.



Di sebelah kiri ialah bilik cucian disebelah kanan pula ialah mesin basuh baju yang belum di ubah ke bilik cucian.1037 dan beberapa orang rakan selalu menghadapi masalah ketika hendak menggunakannya,elektrik tak sampai lah,duit lekat lah,kengkadang jem lah..macam-macam.Setelah tiga kali disusahkan oleh mesin basuh ini 1037 ambil keputusan untuk membasuh baju di luar dan cuci pakai tangan saja.Tapi selalunya mesin ni okay,kengkadang jer yang jadi masalah ni.Kadar bayaran pula sebanyak RM3.00(syiling 50 sen sahaja),jadi spare lah dari rumah banyak-banyak.

8.Surau








Surau berada di sebelah bilik cucian manakala tempat wuduk pula berada di bersama dengan mesin basuh baju dalam bilik cucian.

9.Mesin Air(Water Cooler)

 Mesin ni mempunyai 2 fungsi untuk membekalkan air iaitu air panas dan sejuk.Terletak di aras 0 dan aras 2 setiap blok.Maknanya air free lah x payah nak kluar beli air mineral dekat luar lagi.Kalau nak buat maggi pon senang.








10.Tandas

Seperti yang anda lihat ianya ialah tandas,mempunyai 3 ruang mandi,2 jamban dan Sinki.Kemudahan ini disediakan di setiap aras pada setiap blok.










11.Mesin Air berbayar

Terletak di persimpangan ke blok C dan D,E.Harga air pula ialah RM 1.50.Nasihat pula ialah jangan masukkan duit kertas RM2.00 dan berharap untuk dapat semula duit baki.Mesin ni x pulangkan balik Baki 50 sen tu.













Baiklah setakat ini sahaja 1037 dapat menceritakan tentang kemudahan yang disediakan di KAMSIS Politeknik Ungku Omar ini.Kalau nak ceritakan lebih terperinci lagi memang susah lah,tapi1037 harap ini dapat membantu mereka yang mendapat tawaran tinggal di KAMSIS untuk membuat pilihan.Berdasarkan pengalaman 1037 dulu memang susah nak cari maklumat tentang kamsis ni dulu yang ada hanya cerita kurang baik,berbelah bagi dulu masa 1037 nak pergi,tapi memikirkan pelajaran 1037 pergi juga.Kalau ada apa yang nak ditanya bolehlah mengajukan soalan di fb 1037 iaitu hafiz_puo12@yahoo.com .Komen dan pertanyaan di sini  amat dihargai.Sekian Terima Kasih.